Pasukan Sukarelawan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) turun padang ke Masjid Hamziyi, Kampung Gertak Lembu, Salor, Kota Bharu, Kelantan bagi menjayakan Program Gotong-Royong Santuni MADANI.
Lebih istimewa, kampung ini merupakan kampung halaman YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah JWP. Kali ini, warga JWP datang bukan sekadar berkunjung, tetapi turut sama menyumbang tenaga dan bakti!
Semoga usaha ini membawa manfaat kepada penduduk setempat dan mengeratkan lagi hubungan antara warga JWP dengan komuniti Kampung Gertak Lembu.