YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menerima kunjungan hormat daripada TYT Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.
Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan persahabatan serta meneroka potensi bidang kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dengan Wilayah Persekutuan. Pertemuan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perkongsian idea bagi mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh diperkukuh demi manfaat bersama.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP); YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), JWP; serta pegawai kanan JWP.