Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKASA PENJAJA KECIL, MERINGANKAN BEBAN WARGA KOTA 🤝🏪

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turun padang ke Kedai Penjaja Melayu Bandar Tun Razak bagi bertanya khabar dan melihat perkembangan semasa para peniaga susulan pengumuman pada Mac lalu berkenaan pengurangan kadar sewa sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis tertentu di bawah seliaan DBKL.

Ramai peniaga kecil kini berdepan kenaikan kos operasi serta tekanan ekonomi semasa. Justeru, bantuan yang praktikal dan terus sampai kepada golongan ini amat penting bagi memastikan mereka terus mampu berniaga dan menjana pendapatan.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 tapak penjaja dan premis perniagaan kecil milik DBKL di Kuala Lumpur. Semoga usaha ini dapat terus membantu penjaja memperkukuh perniagaan serta meningkatkan pendapatan keluarga.