YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan pewartaan tambahan melibatkan empat lagi kawasan hijau dan tanah lapang awam di WP Kuala Lumpur.
Empat tapak yang diwartakan melibatkan dua kawasan lapang di Jalan Damai Puspa, Alam Damai serta taman permainan dan dewan komuniti di Persiaran Lemak, Taman Segar, Cheras yang telah lama digunakan penduduk setempat.
Pewartaan ini penting bagi memastikan kemudahan sedia ada terus kekal sebagai ruang awam untuk kegunaan rakyat khususnya di kawasan bandar padat seperti Taman Segar. Dengan tambahan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kawasan hijau dan lapang yang berjaya diwartakan kini meningkat kepada 543 kawasan.
Turut hadir YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.