YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Wilayah Persekutuan Bil. 1 Tahun 2026.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh koordinasi dan kesiapsiagaan antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.
Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha memperkasakan pengurusan bencana yang lebih efisien, tersusun dan responsif.