Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PERHIMPUNAN PAGI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN 🇲🇾

Telah berlangsung Program Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara pada pagi tadi di Dewan Serbaguna, Menara Wilayah Persekutuan.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku 🇲🇾 diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai simbol komitmen bersama dalam memupuk nilai perpaduan, integriti dan jati diri warga perkhidmatan awam.

Turut diadakan Penyerahan Anugerah kepada pekerja contoh serta penghargaan kepada warga tanpa cuti sakit bagi tahun 2025 sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen yang cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan amanat oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, yang menekankan kepentingan disiplin, integriti dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.

Kehadiran warga Jabatan Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi di bawahnya jelas mencerminkan kesungguhan dalam memperkukuh semangat kebersamaan demi kesejahteraan Wilayah Persekutuan.