Utama »
Program Terkini
» LAWATAN SK PUSAT JERTEH, JERTEH TERENGGANU
LAWATAN SK PUSAT JERTEH, JERTEH TERENGGANU
09 September 2026
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. 🌻
Terima kasih cikgu dan adik-adik SK Pusat Jerteh, Terengganu kerana sudi singgah ke Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai salah satu destinasi lawatan sekolah. 🤗
Seronok dapat menerima kunjungan adik-adik dari jauh! Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang bermakna, menambah ilmu dan pastinya meninggalkan kenangan manis sepanjang berada di Wilayah Persekutuan. 💙