KOMUNITI AKTIF, WILAYAH PROGRESIF DIPERKASA MELALUI SENAMAN AEROBIK KOMUNITI 2026
11 April 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program Senaman Aerobik Komuniti Wilayah Persekutuan 2026 di Dataran Perumahan Awam Sri Sabah 3B, Bandar Tun Razak.
Program ini merupakan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dalam memperkukuh gaya hidup sihat melalui pelaksanaan senaman aerobik sepanjang tahun di 44 lokasi melibatkan PPR dan perumahan awam di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pelaksanaannya bukan sahaja membudayakan kehidupan sihat tanpa kos kepada komuniti, malah membantu mengurangkan tekanan hidup serta menangani isu obesiti dalam kalangan warga kota.
Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran YABhg. Dato' Seri Dr.Wan Azizah Dr.Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Stuart Michael Ramalingam, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama ketua-ketua agensi dan pegawai kanan JWP.