Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG: PEMANTAPAN SINERGI AGENSI DAN PENYELARASAN BANTUAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 2026

Sebagai langkah proaktif dalam memulakan siri gerak kerja menyantuni rakyat, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melalui Unit Kemiskinan, Bahagian Sosio Ekonomi telah melaksanakan Program Lawatan Turun Padang Sesi 1.0.

Sesi pembukaan ini melibatkan lawatan ke kediaman tiga (3) keluarga berpendapatan rendah yang terkesan akibat cabaran ekonomi serta isu geopolitik semasa di sekitar Presint 9, Putrajaya. Keunikan pelaksanaan siri pertama ini terserlah melalui sinergi kukuh pelbagai agensi yang turun padang secara serentak bagi memastikan setiap isu kebajikan rakyat dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Antara jabatan dan agensi yang turut menggembleng tenaga ialah:

• Perbadanan Putrajaya (PPj)

• Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP)

• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

• Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

• Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pendekatan strategik ini amat penting dalam mengenal pasti keperluan sebenar rakyat, mengelakkan pertindihan bantuan serta mengoptimumkan keberkesanan penyampaian sokongan Kerajaan. Melalui interaksi secara langsung di lapangan, jalinan kerjasama antara agensi terus diperkukuh bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif di Wilayah Persekutuan, sekaligus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mendahulukan kebajikan rakyat.