PERBINCANGAN DUA HALA DEMI KEBAIKAN BERSAMA.
07 April 2026
YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Limus Jury, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu bagi membincangkan isu berkaitan perkhidmatan bot laju laluan Labuan – Menumbok.
Perbincangan ini bertujuan mencari penyelesaian terbaik secara holistik bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan laut antara Labuan dan Menumbok terus efisien, selamat serta memberi manfaat kepada rakyat.
Dalam sesi sama, YB Timbalan Menteri turut meninjau Terminal Feri Kenderaan Menumbok serta mendengar taklimat berkaitan operasi terminal berkenaan.
Semoga kerjasama dua hala ini terus diperkukuh demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.