Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KDYMM SPB RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH SANTUNI ANAK-ANAK YATIM, ASNAF DAN MUALLAF DI ISTANA NEGARA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim, asnaf dan kanak-kanak Yayasan Chow Kit yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut menghimpunkan seramai 310 penerima yang terdiri daripada 70 orang anak-anak yatim dari PPR Kerinchi, PPR Seri Cempaka dan PPR Pantai Ria, 90 orang kanak-kanak asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta 70 orang kanak-kanak jagaan Yayasan Chow Kit.

Turut menerima sumbangan ialah 50 orang kanak-kanak dari Syria dan Palestin dari Sekolah Al-Aqsa serta 30 orang saudara baharu (mualaf) dari Wangsa Maju, Muasriaawah Jagaan Saudara Baru Al-Kauthar dan Islamic Outreach ABIM.

Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada para penerima sebagai tanda keprihatinan dan kasih Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

Semoga majlis ini membawa kegembiraan serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.