Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


3,300 ASNAF WP KUALA LUMPUR TERIMA SUMBANGAN NUR RAMADAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026/1447H.

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), hadir menyempurnakan Majlis Sesi Penyampaian Sumbangan Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026/1447H.

Seramai 300 orang asnaf dari Parlimen Segambut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang melalui peruntukan zakat MAIWP. Manakala penerima sumbangan bagi lain-lain Parlimen sedang dilaksanakan oleh pihak DBKL.

YB Menteri turut menyampaikan sumbangan khas RM5,000 kepada Masjid Wilayah Persekutuan, Sekolah Rendah Agama Ibnu Kathir dan Madrasah Manbaul Uloom sebagai tanda sokongan kepada institusi yang menjadi rakan strategik dalam pembangunan komuniti dan pendidikan keagamaan.

Pelaksanaan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menyantuni golongan memerlukan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mat Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan serta barisan pengurusan kanan JWP dan DBKL.