Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN PEMANTAUAN & SANTUNAN PESERTA PUJI DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan pemantauan dan santunan kepada peserta Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di Labuan, diketuai YBhg. Dato’ Mohd Zulkifli bin Hashim, Timbalan Pengarah Seksyen Kesejahteraan Ekonomi, bagi meninjau perkembangan, peningkatan pendapatan dan kemandirian peserta selepas latihan anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Antara pencapaian membanggakan ialah Puan Nur Hamizah binti Jainal dari Kampung Layang-Layangan yang kini menjana RM2,000 sebulan melalui perniagaan juadah seperti kek, biskut dan ladu, walaupun menghadapi cabaran kesihatan saraf. Puan Zaliha binti Ali dari Kampung Ganggarak pula berjaya menjana sekitar RM10,000 sebulan melalui kedai makan “Station 70an” yang menawarkan nasi lemak, sate, kelupis dan sambal tahai.

Jabatan Wilayah Persekutuan merakamkan tahniah kepada semua peserta atas usaha dan komitmen mereka. Semoga PUJI terus menjadi pemangkin memperkasakan sosioekonomi warga Wilayah Persekutuan.