LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KE RESIDENSI SUNGAI UDANG
25 Februari 2026
YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan lawatan dan menerima taklimat mengenai pelaksanaan Rumah Majlis (Council Home) oleh DBKL di Residensi Sungai Udang pada 25 Februari 2026.
Taklimat merangkumi latar belakang inisiatif perumahan sosial ini yang menyediakan kediaman transit mampu sewa kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah, termasuk status pelaksanaan, pengurusan penyewaan serta peranan jabatan terlibat.