Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mengadakan lawatan rasmi selama tiga (3) hari. Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke WP Labuan selepas menerima pelantikan baharu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Sepanjang lawatan ini, YBhg. Datuk akan mempengerusikan dua (2) mesyuarat khas berhubung kemajuan projek-projek pembangunan di WP Labuan yang dikenal pasti mengalami kelewatan, bagi meneliti status semasa serta langkah penyelesaian yang lebih berkesan.

Beliau juga dijadualkan menyempurnakan Majlis Nur Ramadan yang akan berlangsung di Masjid Jamek Layang-Layangan.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan bersama pegawai-pegawai kanan Perbadanan Labuan.