Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT PENYELESAIAN ISU KELEWATAN PROJEK DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelesaian Isu Kelewatan Projek di Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Wisma Perbadanan Labuan.

Mesyuarat ini bertujuan meneliti cadangan penyelesaian yang dibentangkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (CIDB WPKL), di samping membincangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian. Hasil perbincangan tersebut akan dijadikan asas kepada tindakan susulan yang lebih konkrit dan berkesan bagi menangani isu kelewatan pelaksanaan projek di Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir, Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan bersama pegawai-pegawai Perbadanan Labuan, wakil jabatan dan agensi berkaitan serta wakil kontraktor yang terlibat.