MENYEMARAKKAN ILMU & UKHUWAH DI BULAN PENUH BERKAT
24 Februari 2026
JK Surau Al-Ehsan dengan kerjasama KESWIP telah menganjurkan Tazkirah Zohor (Muslimat) khusus buat warga Menara Seri Wilayah.
Pengisian ilmu telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki yang berkongsi tazkirah Ramadan penuh penghayatan dan inspirasi buat para Muslimat yang hadir.
Program ini bukan sahaja menjadi wadah menambah ilmu, malah mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga Menara Seri Wilayah dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan.
Semoga setiap ilmu yang diperoleh menjadi panduan serta asbab kebaikan berpanjangan
