Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TINJAUAN OPERASI BAZAR RAMADAN TAMAN TASIK PERMAISURI

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YABhg. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur  turun padang ke Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri.

Lawatan ini bertujuan meninjau operasi hari kedua Ramadan di samping menyantuni penjaja serta pengunjung. Turut diagihkan botol pengumpulan minyak masak terpakai dan beg kitar semula sebagai galakan amalan kelestarian.

Bazar ini merupakan antara sembilan lokasi seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyediakan ruang niaga tersusun dan kondusif sepanjang Ramadan.