JWP MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DOSM WILAYAH PERSEKUTUAN.
20 Februari 2026
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Wilayah Persekutuan.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek perkongsian data, penyelarasan statistik serta sokongan terhadap perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan.
Semoga hubungan dua hala ini terus diperkasa demi memastikan perancangan berasaskan data yang lebih tepat dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.