YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyempurnakan Majlis Pengumuman Stadium Titiwangsa sebagai “Hab Sepak Takraw” di ibu negara.
Pengumuman ini menandakan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa pembangunan sukan tradisi negara dengan menyediakan kemudahan latihan yang lebih sistematik, tersusun dan berfokus bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Turut hadir YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta YBhg. Datuk Mohd Sumali Reduan, Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Salleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.