Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MENTERI & TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYANTUNI PENIAGA DAN PENGUNJUNG DI FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA.

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan lawatan turun padang ke Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 dan Anjung Syawal di Putrajaya bagi menyantuni peniaga dan pengunjung.

Di Anjung Syawal, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Perasmian Festival Ramadan Putrajaya 2026, melancarkan Kempen Bersihkan Meja Selepas Makan serta menyampaikan hadiah Pertandingan Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena SHWP 2026.

Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya serta barisan pengurusan kanan JWP dan PPJ.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan peniaga kecil terus diberi perhatian di samping merapatkan hubungan antara kepimpinan dan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.