LISC 2026 LABUH TIRAI DENGAN CEMERLANG
03 Mei 2026
YB. Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 yang melabuhkan tirai dengan pencapaian cukup memberangsangkan.
Penyertaan antarabangsa daripada 11 negara membuktikan Labuan kekal relevan sebagai destinasi pelancongan sukan yang kompetitif, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam merancakkan ekonomi setempat serta mengangkat imej negara di persada global. Secara keseluruhan, penyertaan bagi 15 acara meningkat 108.88% kepada 5,082 peserta berbanding tahun lalu.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Tuan Haji Rithuan Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama pengurusan kanan Perbadanan Labuan dan wakil Daiwa selaku penaja hadiah memancing laut dalam.