Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN KERJA RASMI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN) KE LABUAN

YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi meninjau pelaksanaan projek pembangunan serta isu keperluan asas rakyat.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada pengurusan sisa pepejal, kestabilan bekalan air dan pembangunan ekonomi tempatan secara mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan agenda pembangunan Wilayah Persekutuan.

Antara projek utama yang ditinjau termasuk Tapak Pelupusan Sampah Kampung Bukit Kallam, cadangan pembangunan eko-pelancongan di Pantai Nagalang serta pembinaan tangki simpanan air di beberapa kawasan perumahan.

Turut hadir, YB Datuk Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Mohd Husni bin Mohd Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pengurusan kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.