Program Perarakan Tanglung FT Sparkling Night Labuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 yang diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Datuk Lo Sui Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung yang membanjiri Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, sekali gus memeriahkan sambutan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Program anjuran Perbadanan Labuan ini bertujuan memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum serta menyemarakkan semangat patriotisme melalui perarakan tanglung dan kenderaan berhias. Program ini turut menjadi platform promosi pelancongan dan warisan komuniti tempatan yang menyokong ekonomi setempat. Acara ini dimeriahkan dengan persembahan Tarian Citra Budaya dan Tarian Singa sempena Tahun Baharu Cina, selari dengan inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datoβ Mohd Husni bin Mohd Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pengurusan kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.