YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mempengerusikan sesi libat urus bersama pemain industri bagi memperkukuh daya saing serta ekosistem perniagaan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir, YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Datuk Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah serta pegawai kanan Perbadanan Labuan dan JWP.