Seluruh warga Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang baharu.
YBhg. Datuk memulakan tugas secara rasmi pada hari ini, menandakan kesinambungan kepimpinan dalam menerajui JWP bagi meneruskan agenda tadbir urus, perkhidmatan kepada rakyat serta pembangunan Wilayah Persekutuan yang berterusan dan sejahtera.
Pelantikan ini diharap dapat memberi impak yang baik kepada JWP melalui pengurusan, perancangan yang jelas serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap. Pengalaman luas YBhg. Datuk dalam bidang pembangunan, sosioekonomi dan pentadbiran tanah juga diharap dapat memperkukuh kerjasama antara agensi dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan demi kepentingan rakyat.
Seluruh warga JWP akan terus memberi bekerjasama dan menyokong kepimpinan YBhg. Datuk dalam usaha memperkasa perkhidmatan serta memajukan Wilayah Persekutuan.