Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KL MADANI

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), merasmikan Karnival KL MADANI yang berlangsung dari 30 Januari hingga 1 Februari di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak.

Karnival ini diisi dengan pelbagai pengisian menarik untuk pengunjung, termasuk pameran agensi kerajaan, jualan usahawan Wilayah Persekutuan, serta cabutan bertuah yang menceriakan suasana.

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, dan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pengarah-pengarah kanan JWP dan DBKL.