PUTRAJAYA KAMPUNG MASA DEPAN GENERASI MUDA
29 Januari 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) merasmikan Hari Terbuka Putrajaya dan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
YB Menteri dalam ucapannya menyampaikan pandangan bahawa penganjuran Hari Terbuka Putrajaya dalam jangka masa panjang akan menjadi satu pengalaman buat anak muda kita yang membesar di Putrajaya serta menekankan peranan ibu bapa dalam mencipta pengalaman yang lebih bermakna kerana inilah tempat yang akan mereka gelar sebagai ‘kampung’ dalam tempoh 40 tahun akan datang.
Penganjuran ini juga membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa dekat, mudah diakses dan relevan kepada rakyat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan, agensi dan sektor swasta.