YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah menyaksikan kerjasama strategik antara JWP dan MyCC, yang diwakili oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, dan YBhg. Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi MyCC.
Kerjasama ini bertujuan memperbaiki perolehan kerajaan dengan fokus pada integriti, ketelusan, dan pencegahan penipuan. Inisiatif utama termasuk nasihat bida, latihan pegawai, dan perkongsian risiko, supaya perkhidmatan kerajaan lebih cekap dan jimat
Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar DBKL; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBhg Datuk Haji Iskandar bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC; serta barisan Ketua-Ketua Agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan.