Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA) KE JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN (JWP)

Jabatan Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dalam satu sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE), Jabatan Wilayah Persekutuan.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan cabaran yang dihadapi oleh para usahawan, kos operasi perniagaan, peluang kerjasama strategik serta peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan ekonomi Wilayah Persekutuan.

Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan ke arah memperkukuh ekosistem perniagaan yang mampan dan inklusif selaras dengan agenda pembangunan negara.