Telah berlangsung Perhimpunan Pagi Mingguan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama agensi-agensi di bawahnya pada pagi ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara, seterusnya disusuli perkongsian maklumat semasa jabatan.
Perhimpunan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh semangat perpaduan, integriti serta komitmen warga jabatan ke arah pelaksanaan tanggungjawab yang berkesan demi kesejahteraan Wilayah Persekutuan.