YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menerima nota serah tugas daripada YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bertempat di Menara Seri Wilayah.
Sesi ini melambangkan peralihan amanah dan kesinambungan kepimpinan dalam memastikan tadbir urus Wilayah Persekutuan terus diperkukuh secara berintegriti, tersusun dan berfokuskan kesejahteraan warga, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sesi ini turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.