Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


ANJUNG BUDAYA LABUAN; HUB SENI DAN BUDAYA DI WP LABUAN 🏖

YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan turun padang meninjau status pelaksanaan projek naik taraf Anjung Budaya Labuan serta projek pencahayaan Pantai Layang-Layangan.

Anjung Budaya ini menyediakan fasiliti seperti bilik latihan, studio rakaman, bilik tarian, auditorium, ruang serbaguna kepada komuniti untuk mengasah dan mengembangkan bakat seni anak-anak tempatan. 

Naik taraf Anjung Budaya ini dijangka siap sepenuhnya pada Februari/ Mac 2026. Kemudahan yang disediakan berpotensi menjadikan Anjung Budaya Labuan ini sebagai lokasi pameran, persembahan serta penganjuran acara kesenian kebudayaan.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi menjadikan Pulau Labuan sebagai hab kebudayaan dan kesenian di Kepulauan Borneo.

YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah JWP juga turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Geopark Labuan dalam meneliti potensi status Kebangsaan Geopark Labuan.