YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diriingi YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyempurnakan Majlis Peluncuran RE_NEW dan Garis Panduan Penggunaan Semula Bangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Rumah Hijau, Taman Botani Perdana.
Dasar RE_NEW ini merangkumi empat (4) Tindakan teras:
i. Reuse
ii. Repurpose
iii. Rejuvenate
iv. Revitalise
bagi menukar aset yang tidak digunakan atau kurang digunakan kepada ruang yang berfungsi, bernilai ekonomi dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Ia juga memberi keutamaan kepada pemeliharaan karbon terbenam (embodied carbon), identiti tempat dan kesejahteraan komuniti. Pelaksanaan guna semula (repurposing) dan penggunasuaian (adaptive reuse) bangunan memberi impak yang besar kepada pembangunan bandar, kelestarian alam sekitar, pemuliharaan warisan dan identiti bandar serta penjanaan nilai ekonomi.
Setiap garis panduan penggunaan semula bangunan yang dilaksanakan juga akan disesuaikan mengikut bidang kuasa dan keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT) di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ini bagi memastikan pelaksanaannya mengambil kira ciri, konteks dan potensi pembangunan setempat.
Melalui dasar RE_NEW ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mempelopori projek adaptasi semula yang mengurangkan karbon, mempercepat penjanaan nilai ekonomi, menggalakkan inovasi dan kreativiti, memelihara warisan, serta dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Turut hadir, YBhg. Dato' TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE), YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) dan YBrs. TPr Md. Nazri bin Abdullah, Pengarah Eksekutif (Perancangan).