Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KL CITY 21KM 2026 🏃‍♂️🔥

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan melepaskan para peserta larian KL City 21KM 2026 yang berlangsung meriah pagi tadi di Dataran Merdeka.

Seramai 3,800 peserta mengambil bahagian dalam kategori larian 5KM, 10KM dan 21KM yang berlangsung dalam suasana penuh semangat, meriah dan bertenaga. Acara ini turut menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir seawal pagi bagi bersama-sama memeriahkan program larian tahunan tersebut.

Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan gaya hidup sihat, malah menggalakkan warga Kuala Lumpur mengisi hujung minggu dengan aktiviti yang lebih aktif dan bertenaga.

Tahniah kepada semua peserta dan finisher yang berjaya menamatkan larian! 💪🏅