Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menganjurkan sebuah lawatan ke beberapa lokasi-lokasi ikonik sekitar Kampong Bharu selari dengan pelaksanaan ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF).
Penerangan dan demonstrasi silat serta masakan kuih melayu seperti pulut panggang dan buah melaka turut dipertontonkan kepada delegasi ASUF yang menyertai lawatan ini.
Antara lokasi ikonik yang dilawati;
📍Pintu Gerbang Kampong Bharu
📍Rumah Limas Kg Baru
📍Pintasan Saloma
📍Masjid Jamek Kg Baru
📍Kelab Sultan Sulaiman