Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PESERTA PUJI MENJUARAI PERTANDINGAN PAMERAN KREATIF HOMEBASED FOOD KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA WP LABUAN

Tahniah diucapkan kepada dua orang peserta PUJI@Labuan yang berjaya merangkul tempat dalam Pertandingan Pameran Kreatif Homebased Food Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena Karnival Labuan Sihat 2025. Puan Margaret S. Patrick Lim telah dinobatkan sebagai Johan manakala Puan Hayati Yahya telah meraih gelaran Naib Johan. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) pada 20 hingga 21 September 2025.
Syabas diucapkan kepada peserta PUJI atas kejayaan yang diraih dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Yayasan Sukarelawan Siswa serta iGROW yang telah melatih dan membimbing para peserta. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada peserta PUJI untuk tampil sebagai role model dalam pengiktirafan bagi pensijilan dan akreditasi makanan di kalangan usahawan industri F&B, bukan sahaja di Labuan, malah di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.