Seramai 15 orang delegasi dari Brunei Darussalam yang diketuai oleh Puan Hazrina Azman, Pengarah Tourism Malaysia Brunei Darussalam telah menyertai FAMTrip ‘Rintis Destinasi Tropika’ yang diadakan dari 11 hingga 13 Julai 2025 bagi mendalami dan menerokai warisan sejarah pulau Labuan.
Delegasi yang baru tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan ini telah disambut dengan meriah oleh paluan muzik tradisional Perbadanan Labuan.