Penjawat awam yang cemerlang lahir daripada usaha, sokongan rakan sekerja, serta kesediaan untuk belajar daripada kelemahan dan kesilapan.
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 49 penerima APC dan 1 penerima PPC dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) hari ini.
Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut berkesempatan meraikan para pegawai yang akan bersara dan yang telah bersara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua penerima anugerah, semoga terus melakar kecemerlangan, walau di mana jua anda berkhidmat.
Kredit foto : Pejabat Menteri YBM