USUL BELIA AKAN DIBAWA KE PERHATIAN JEMAAH MENTERI
23 Jun 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyampaikan penggulungan bagi keseluruhan 15 usul yang dibahaskan dalam Mesyuarat Pertama Sidang Belia Wilayah Persekutuan Penggal 2025 di PICC, Putrajaya.
YB Menteri telah meneliti setiap satu cadangan yang dibawa oleh 65 perwakilan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meliputi isu ekonomi, sosial, teknologi, perundangan serta alam sekitar dalam tempoh satu jam yang dipengerusikan oleh YB P. Prabakaran selaku Speaker.