Utama »
Program Terkini
» MEDIA BRIEFING KOTA MADANI
MEDIA BRIEFING KOTA MADANI
24 Jun 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim dan YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya hadir ke sesi media briefing bersama wakil-wakil media hari ini bagi mendengar pembentangan daripada YBhg. Datin TPr Hajah Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid, Ketua Perunding Kota MADANI yang menerangkan konsep dan komponen dalam pembangunan Kota MADANI.
Dengan keluasan 102 ekar, Kota MADANI Putrajaya merupakan pembangunan yang merangka masa depan Putrajaya sebagai sebuah bandar contoh yang mendukung nilai-nilai MADANI dan selari dengan visi Bandar CHASE.