92% TUNJUK PENINGKATAN DALAM PEMBELAJARAN MENERUSI MATA HATI WILAYAH
03 Julai 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hari ini merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025, inisiatif intervensi sosial di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) melalui flagship Sihat@ PUJI dan Ilmu@ PUJI yang terus menzahirkan keprihatinan terhadap murid-murid Wilayah Persekutuan.
Tahun lepas, seramai 2,008 murid Tahun 1 disaring, dan 55% dikesan mengalami masalah penglihatan. 92% daripada yang menerima bantuan cermin mata menunjukkan peningkatan ketara dalam komunikasi dan pembelajaran.
Untuk 2025, pengagihan cermin mata percuma kepada murid-murid yang memerlukan dari lima buah sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini akan diteruskan.
Program ini juga diterjemahkan selaras dengan gagasan CHASE CITY, khususnya elemen ‘H’ - Health, yang menekankan kesihatan sebagai asas kesejahteraan bandar yang inklusif dan peduli rakyat.
YB Menteri turut mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada SK Seri Bintang Utara bagi menyokong program kecemerlangan di sekolah ini.
Turut hadir, YBhg. Dato' Parang Abai@ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan dan Tuan Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.