Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PREMIS DAPUR DIGITAL 2025

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada hari ini telah menyempurnakan penyerahan kunci 10 premis baharu Dapur Digital 2025 kepada wakil komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Seramai 10 penerima serahan kunci ini daripada wakil Komuniti Kg Muhibbah 2, Raya Permai, Taman Mulia, Seri Perlis 2, Seri Semarak, Seri Alam, Beringin, Hiliran Ampang, Pangsapuri Sentul dan Seri Kedah.
Sepanjang pelaksanaan lima Dapur Digital sebelum ini telah mencatatkan rekod jualan yang amat memberansangkan melebih RM1.08 juta sehingga penghujung Mei 2025.
Selaras dengan iltizam Kerangka Ekonomi MADANI, Dapur Digital ini adalah satu inisiatif bagi memperkasakan ekonomi komuniti dengan membuka peluang kepada usahawan kecil, khususnya wanita dan belia menjana pendapatan melalui platform digital.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Encik Mohd Khalid bin Mohammad Latiff, Ketua Pengarah Unit Pantau Madani MOF, YBrs Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, YBrs. Puan Siti Kamariah Ahmad Shubri (Pengarah Urusan Yayasan Hasanah), YBrs. Ir Kuhan Patthy (Pengasas Pepper Labs) dan YBrs. Puan Nini Yusof (Ketua Eksekutif Media Prima).
DAPUR DIGITAL: PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI
PANASKAN IMPIAN, HIDANGKAN KEJAYAAN!