Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SESI LIBAT URUS BERKAITAN PENGGUNAAN BAHASA DAN PENAMAAN GEOGRAFI WILAYAH PERSEKUTUAN

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah mengadakan sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) bagi memperkukuh kefahaman agensi-agensi terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam penamaan geografi.

Sesi ini memberi tumpuan kepada perkhidmatan pengesahan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang merangkumi:

- Punca Kuasa Penguatkuasaan bahasa Melayu

- Perkhidmatan DBP Sah Bahasa (termasuklah penamaan) 

- Aspek Bahasa (termasuklah ejaan dan tatabahasa)

- Contoh-contoh kesalahan yang sering ditemukan

Perkongsian disampaikan oleh wakil DBP dan disertai oleh wakil-wakil dari DBKL, PPj, PL, Pusat Geospatial Negara (PGN) serta bahagian-bahagian di JWP.

Nama yang tepat mencerminkan warisan, memudahkan tadbir urus dan menyatukan identiti wilayah.