Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PEMBINAAN KOTA MADANI MAMPU MERINGANKAN BEBAN 10,000 PENJAWAT AWAM

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI di Presint 19, Putrajaya.
YB Menteri telah menekankan tiga perkara utama melalui ucapan aluannya iaitu:
1. Kota MADANI bukan pengganti Putrajaya. Ia hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan bandar ini, meliputi hanya 0.8 peratus kawasan Putrajaya. Kawasan ini dirancang khusus sebagai pelengkap kepada identiti dan fungsi asal Putrajaya.
2. Pembangunan ini dirangka dengan konsep yang unik dan mampan. Ia dibentuk sebagai kawasan yang boleh dilalui dengan berjalan kaki, dengan jarak yang dekat antara bangunan. Konsep ini menggabungkan prinsip Malaysia MADANI dan CHASE City, berasaskan integrasi fungsi pembangunan, persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki, penggunaan teknologi pintar termasuk AI serta reka bentuk yang inklusif dan berdaya tahan.
3. Penerima manfaat utama ialah penjawat awam. Sebanyak 10,000 unit rumah kuarters penjawat awam akan dibina di Kota MADANI. Keperluan sebenar kuarters di Putrajaya dianggarkan sebanyak 35,000 unit, namun, sekarang ini hanya 22,000 unit tersedia. Jumlah ini tidak pernah bertambah sejak lebih 20 tahun lalu. Isu ini hanya berjaya ditangani hari ini di bawah Kerajaan MADANI pimpinan YAB Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan kebajikan penjawat awam.
Pihak yang mempersoalkan kewujudan kuarters sedia ada yang kononnya tidak dihuni. Hakikatnya, lebih 90 peratus daripada unit yang ada sedang dihuni. Baki 10 peratus tidak dihuni kerana sedang dalam proses penyelenggaraan, pertukaran pegawai, persaraan atau hilang kelayakan.
Urusan penyelenggaraan pula sedang dipantau secara langsung dan rapat oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Manakala, prestasi penyelesaian aduan kerosakan kuarters dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini berada pada tahap melebihi 98 peratus.
Dengan adanya projek Kota MADANI, bilangan penjawat awam yang sedang menunggu penempatan kuarters akan dapat dikurangkan secara signifikan.
Kota MADANI bukan sahaja kesinambungan kepada perancangan Putrajaya yang moden dan teratur. Ia juga penyempurnaan kepada sebuah bandar yang mengangkat ekosistem kehidupan yang inklusif, berdaya huni dan selamat. Ini adalah manifestasi kepada nilai-nilai MADANI, di mana rakyat menjadi subjek utama dalam pembangunan, bukan sekadar objek kepada pertumbuhan bandar.