RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MERASMIKAN GALERI KRAFTANGAN LAWA LABUAN
27 Julai 2025
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat dan merasmikan Galeri Kraftangan LAWA Labuan pagi ini.
LAWA diinspirasikan daripada titah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bercemar duli berangkat ke Pameran Kraftangan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, Wilayah Persekutuan Labuan pada November 2024 yang lalu.
Galeri Kraftangan LAWA Labuan diwujudkan sebagai ruang yang memperkenalkan, memelihara, dan memperkasa warisan seni serta kraftangan tempatan. Galeri Kraftangan LAWA Labuan ini akan menjadi platform utama bagi menampilkan hasil seni kreatif dari pelbagai komuniti yang autentik dan beridentiti keunikan pulau termasuklah produk cenderamata, hiasan dalaman, hiasan diri, fesyen dan tekstil.