Utama »
Program Terkini
» MESYUARAT MENGENAI INISIATIF PEMBANGUNAN HALAL DI WILAYAH PERSEKUTUAN
MESYUARAT MENGENAI INISIATIF PEMBANGUNAN HALAL DI WILAYAH PERSEKUTUAN
18 Jun 2025
YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Inisiatif Pembangunan Ekonomi Halal di Wilayah Persekutuan pada 18 Jun 2025 (Rabu). Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai dari Halal Development Corporation (HDC) dan juga pegawai-pegawai JWP dan agensi-agensi PBT di bawahnya seperti DBKL, PPj dan PL.
JWP bersama-sama DBKL, PPj dan PL menyambut baik cadangan pihak HDC ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Halal Model Cities dan komited menjalinkan hubungan strategik secara berterusan dengan pihak HDC.