Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT MAJLIS EKONOMI DIGITAL DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT (MED4IR) NEGERI BILANGAN 2 TAHUN 2025

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mewakili YB Menteri Wilayah Persekutuan bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Dan 4IR Negeri Bil. 2/2025 di Pejabat Ketua Menteri Sabah yang dipengerusikan oleh YB Menteri Digital. Mesyuarat dihadiri oleh pelbagai agensi serta pemegang taruh strategik dalam usaha memperkukuh pelaksanaan agenda digital negara di peringkat negeri.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada peluasan liputan internet berkualiti, pengukuhan perkongsian data serta penginterasian sistem digital antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Platform MED4IR Negeri merupakan jambatan penting dalam memperkukuh kerjasama strategik serta perkongsian kepakaran ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang maju dan inklusif.
YBhg. Datuk TKP (PPe) juga turut serta dalam lawatan ke Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Digital bagi melihat kemudahan yang disediakan di SCENIC dan meninjau perkembangan inisiatif digital yang telah dilaksanakan oleh rakyat Sabah.