Utama »
Galeri Foto 2023
» YB MENTERI HADIR TAKLIMAT DI DBKL
YB MENTERI HADIR TAKLIMAT DI DBKL
20 Disember 2023
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menghadiri taklimat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pagi ini yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama barisan Pengarah Eksekutif DBKL, Ketua-Ketua Jabatan dan warga DBKL.
Taklimat ini membincangkan perancangan, aspirasi serta belanjawan DBKL untuk tahun 2024 yang bakal menyingkap tirai tidak lama lagi. Harapan YB Menteri agar seluruh warga DBKL dapat sama-sama menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya sejahtera untuk semua.