Utama »
Galeri Foto 2023
» MENERAJU BERTERASKAN TEKNOLOGI
MENERAJU BERTERASKAN TEKNOLOGI
28 Disember 2023
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mendengar taklimat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP (PPTGWP) berkenaan perkembangan terkini pentadbiran tanah serta membincangkan beberapa isu setempat dalam menyelesaikan isu tanah di Wilayah Persekutuan.
YB Menteri zahirkan pandangan bahawa sebagai agensi yang menyantuni keperluan rakyat, PPTGWP perlu menyusun strategi yang baik agar dapat menzahirkan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga di Wilayah Persekutuan, antaranya dengan pengaplikasian digitalisasi sepenuhnya dalam pengurusan tanah.